Monday, December 27, 2010

Saat Lafaz Sakinah



Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu




Tahniah buat Angah n Kak Na,,Selamat Pengantin Baru,,Moga berbahagia ke akhir hayat,,..








Monday, December 20, 2010

Contest Aku dan Generasiku.

Hi...Assalamulaikum murid2..hehe....ni first time sy join contest...
excited ni..


setelah membelek2 gambar bersama murid2 tersayang, saya dengan yakinnya telah memilh gambar ini...

tadaa....

sila perkenalkan diri anda "ok..Sy cg yani dr SK Dato Sharif Hamid, Marudi, Baram, Miri, Sarawak...


Gambar ni diambil semasa sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah!!!!Cg Yani berbaju putih bergambar kenangan bersama2 anak-anak murid yang comel!!!Comel2 kan anak murid saya..yang brbaju biru tu pun anak murid saye tau(thn 6)bkn cg ye.. hehe...


ok...kalau ada rezeki alhamdulillah,,kalo x pun x pe...sekadar mencube n memeriahkan contest ini!!!!

p/s:tq to Ieqa sbb anjurkan contest yang best ni....hehe..





Sunday, December 19, 2010

1,2,3 senyuuuuummmm...



apabila seorang cg cb berlagak seperti seorang model bertauliah..ahahaha..







Sunday, December 5, 2010

'salam maal hijrah..semoga segala kekurangan di tahun ini mnjadi pengajaran bagi tahun-tahun yang mendatang..

~Doa akhir tahun~



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


~doa awal tahun~


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Thursday, December 2, 2010

otw to Besut

sempat jgak snap gambar otw ke besut ni..time2 cuti ni..sronok gak dapat konvoi ramai-ramai bersama2 keluarga, sanak sedara n jiran tetangga..

tapi yang ruginye x smpat la plak nak ambik gambar pengantin..

yang kat bawah ni...asyik jadi "pengepit" je..bile plak ko nak jd pengantin wei..hukhuk..


Create your own banner at mybannermaker.com!
*gambar yang kat atas ni x bleh kasi BESAR LAGI SIKIT KE????*


kanak-kanak ribena yang memeriahkan trip ke Besut
macam2 ragam..
soalan yang asyik ditanya sepanjang trip ini.."bilo nok sapa niiiiiii??.."x cekak nk jawab"....




Monday, November 29, 2010

'terjatuh chenta'

"saya sememangnya sedang jatuh cinta"..

sebelum tu kite layn dulu lagu ni..
-susun silang kata-Aizat-
Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

jatuh chenta dgn siapa?

dengan siapa??

dengan lelaki ini..

lelaki ini..

1

2

3

teeetttttttttt............





kepada sesiapa yang ingin jatuh cinta dengan lelaki ini,,,sile pastikan anda berada di depan kaca tv dan tanpa ragu2 ke channel 391 KBS (more than u imagine)..setiap hari Isnin dan Selasa saje ye...pkul 9mlm,,-"SUNGKYUNKWAN SCANDAL"-

*entri yang sememangnya x boleh dimaafkan*


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha kepada semua..





Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
[sunting] Hari Raya Aidiladha dalam hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]






Sunday, November 14, 2010

Hari Kecemerlangan SKDSH

ci comel Novena..
peace!!!!cikgunya pun tumpang sekali....

5 dara pingitan bertahi lalat...comel sangat!!!
Da posing sakan ni,,,jangan lupa step menarik sudaaaa.....
menangis cikgu yg ajar korang.....
















Friday, November 12, 2010

sabar untuk setahun lagi..................

sedih
.
.
..
pedih
.
..
...
sedih lagi
.
..
...
......
Permohonan pertukaran ke Kelantan tidak diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri

Salam Sabtu...

GOODLUCK KEPADA SEMUA YANG MENDUDUKI MTEST HARI INI!!!!!!

mari belajar melukis................

si comel amalina n aina...............

Muizz n Efren.....

"hihi....cute jgk lukisan c farid ni....hehe..tp kenapelah lebah tu besar sangat?????".hasil nukilan.....Muizz.... (4 ekor burung hantu sedang bertenggek......hihi....comel mcm tuannya jgk.....



Thursday, November 4, 2010

INDAH PADA MASANYA

Ku minta dari Tuhan setangkai bunga segar,
Dia beri aku kaktus berduri,
Ku minta kupu-kupu,
DiberiNya ulat berbulu,
Aku sedih dan kecewa....
Namun kemudian kaktus itu berbunga,INDAH sekali.
Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.
Itulah jalan Tuhan,Indah pada masanya.
Tuhan tidak memberi apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih, kecewa,terluka..
Tetapi jauh di atas segalanya,
Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

Monday, October 25, 2010

"Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..."
"Allah jualah yang menciptakan kasih sayang sesama manusia, agar dengan kasih sayang itu kita menyayangiNYa..."

Sunday, October 24, 2010

keletah dan gelagat anak murid,,,

dipaksa oleh seorang cg untuk berposing cara begini ,,haha...diorang ni memang sporting............
- stokin sekolah di ubahsuai menjadi stokin penari balet-

Seronoknye bile buka blog orng lain baca diari kehidupan mereka,,bersama2 suami ,,anak-anak..life mereka sunggoh menyeronokkan..tapi alhamdulillah kehidupan sndiri pun tidaklah begitu tidak best..sebenarnya hanya kita yang mampu mencari keseronokkan di dalam diri..oleh itu bersyukurlah dengan segala rezeki dariNYa..alhamdulillah..

Dahulunya di awal kerjaya..saya merasakan bahawa kerjaya ini tidak lebih dari kerja seorang cikgu(membuat lesson plan, abm, masuk mengajar, menanda buku, membuat kertas xm dan kemudian menanda jawapan murid yang macam-macam, ditambah pula denga kerja-kerja luar,) tetapi semakin lama di bidang ini semakin seronok pula..Paling menyeronokkan ialah melihat keletah anak-anak murid..macam macam gelagat mereka yang memang mencuit hati..
"Hari ni kita akan belajar tentang galaksi"..Owh,,,cg.. Galaksi tV 9...(tak tahan ..trs gelak..)
"Banedict,,boleh cg pinjam pensel????,,,cg ni pencil box besar2pun x da pencil ke???(dalam masa yang sama memberikan penselnya)..ahaha...termalu dgn sendiri..memang nampak budak ni sangat kurang ajar tetapi sebenarnya tidak...dia seorang yang sangat cerdik,,hahah terlebih cerdiknya,dia bercaakap mengikut logik apa yang dirasakannya.."Benedict,,kamu nni ckp banyak,,nanti tahi lalat di atas bibir tu jadi makin besaR!!!kamu nak????(gelak kawan2nya yang lain)...Dialah sebenarya yang mengubah stokin sekolahnya menjadi stokin penari balet....dia memg sangat banyak idea...

*Motivasi sangat penting dalam membuat sesuatu,,jika merasakan diri tidak bersemangat,jangan terus rasa stress,,sebaliknya carilah sesuatu yang boleh memberikan motivasi seterunya membina keseronokan dalam diri*

Wednesday, October 20, 2010

majlis khatam al-Quran....

bersame2 dgn rakan2 seperjuangan Mala,emma,"ambo",liza n nurul,,,,,
budak2 tgh khatam,,,cg2 berposing kt belakang,,,,ahehe...tp tugas ttp dijalankan...

Wednesday, September 29, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan & Aidilfitri

Peserta Pakaian Beragam Hari Kemerdekaan,,,Memang semangat anak2 murid aku nih,,,siap jahit baju bendera lagi,,Sangat bangga denga diorang semua nih...



bergambar bersama-sama dengan ank murid,,Tahun 4Innovative..anak murid sama beasr dengan cikgunye,,,hahaha...

Tuesday, September 14, 2010

salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin-5 syawal

Sudah 5 hari kita menyambut syawal....waktu kita berkumpul dan bermaaf maafan sesama kita di aidilfitri..Time ni jgkla dapat berjumpa semula dengan teman2 yang dah lama x bersua..Tq to qin + family,,za + family dan kak la n family yang sudi datang beraya...

**moga2 semua amal ibadah di bulan Ramadhan diterima olehNya.amin**

Friday, August 27, 2010

Float or sink?????






float or sink????


sangat seronok & menyeronokkan!!!!!
Ini murid2 Tahun 1 Bestari..harini P&P berkaitan dengan FLOAT AND SINK..diorang sangat excited nk buat eksperimen,,,dah tau apa maksud float and sink..n dah tau objek mana yang akan terapung dan objek mana yang akan tenggelam..dan...dan..dan...cgnya sganat seronok dan rasa puas!!!!!!
harap2 exam murid aku ni bleh jawab la dengan cemerlangnya......
murid cemerlang sekolah terbilang!!!!hehehe...
ok nanti kita buat eksperimen lg....