Monday, December 27, 2010

Saat Lafaz Sakinah



Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu




Tahniah buat Angah n Kak Na,,Selamat Pengantin Baru,,Moga berbahagia ke akhir hayat,,..








Monday, December 20, 2010

Contest Aku dan Generasiku.

Hi...Assalamulaikum murid2..hehe....ni first time sy join contest...
excited ni..


setelah membelek2 gambar bersama murid2 tersayang, saya dengan yakinnya telah memilh gambar ini...

tadaa....

sila perkenalkan diri anda "ok..Sy cg yani dr SK Dato Sharif Hamid, Marudi, Baram, Miri, Sarawak...


Gambar ni diambil semasa sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah!!!!Cg Yani berbaju putih bergambar kenangan bersama2 anak-anak murid yang comel!!!Comel2 kan anak murid saya..yang brbaju biru tu pun anak murid saye tau(thn 6)bkn cg ye.. hehe...


ok...kalau ada rezeki alhamdulillah,,kalo x pun x pe...sekadar mencube n memeriahkan contest ini!!!!

p/s:tq to Ieqa sbb anjurkan contest yang best ni....hehe..





Sunday, December 19, 2010

1,2,3 senyuuuuummmm...



apabila seorang cg cb berlagak seperti seorang model bertauliah..ahahaha..







Sunday, December 5, 2010

'salam maal hijrah..semoga segala kekurangan di tahun ini mnjadi pengajaran bagi tahun-tahun yang mendatang..

~Doa akhir tahun~



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


~doa awal tahun~


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Thursday, December 2, 2010

otw to Besut

sempat jgak snap gambar otw ke besut ni..time2 cuti ni..sronok gak dapat konvoi ramai-ramai bersama2 keluarga, sanak sedara n jiran tetangga..

tapi yang ruginye x smpat la plak nak ambik gambar pengantin..

yang kat bawah ni...asyik jadi "pengepit" je..bile plak ko nak jd pengantin wei..hukhuk..


Create your own banner at mybannermaker.com!
*gambar yang kat atas ni x bleh kasi BESAR LAGI SIKIT KE????*


kanak-kanak ribena yang memeriahkan trip ke Besut
macam2 ragam..
soalan yang asyik ditanya sepanjang trip ini.."bilo nok sapa niiiiiii??.."x cekak nk jawab"....